CHOKORETO dari TREMELLA®

CAMPURAN PENGGANTIAN MAKANAN BERNUTRISI


Empat Trend Utama Industri Kecantikan

Awet Muda, Melangsingkan badan dan Berton, Semakin muda dan Meremajakan kulit

[ Rasa kenyang, Semakin cerah, Semakin lembut, Bertambah seri ]


Pengenalan Produk:

BUATAN MALAYSIA

16 sachets/bag (1 sachet/30g)

118KCAL

100% Semula jadi, Sesuai untuk Pengamal Vegetarian

Tanpa Bahan Tambahan, Tanpa Bahan Kimia Berbahaya, Tanpa Pewarna 

Pensijilan Produk:
KKM(NPRA), HALAL, RM2,500,000 Insurans Liabiliti Produk
 
Sijil Pengeluar:
GMP, HACCP, HALAL, MeSTI
 
Ciri-ciri Unik Produk:
1. Formula Proprietari dengan 3 Jenis Bahan Utama Berkualiti Berpaten. 
2. Trend Terkini dan bahan kecantikan kegemaran di Jepun, Eropah, Amerika Syarikat dan dalam bidang kecantikan di Taiwan.
3. Keberkesanan dan keselamatan produk disahkan oleh pelbagai hasil kajian klinikal.
4. Ringkas dan mudah dibawa. Hanya satu paket untuk memanjakan tubuh anda dari dalam hingga ke luar.
5. 100% Bahan Semula jadi, Tanpa Bahan Pewarna, Tanpa Bahan Kimia, Tanpa Bahan Pengawet. Sesuai untuk pengamal vegetarian.
 
 
Empat Trend Utama dan Keperluan Bidang Kecantikan:
Pelangsingan badan & Membentuk, Mencerahkan Kulit, Melembapkan Kulit dan Penjagaan Mata
 
 
BAHAN-BAHAN:
CERAMOSIDES®️ (EKSTRAK GANDUM), L-KARNITIN (BERASASKAN TUMBUH-TUMBUHAN), ASTAXANTHIN, PROBIOTIK, UBI KONJAC (KONJAC), BIJI ANGGUR, MINYAK MCT (MINYAK MINYAK KELAPA TRIGLYCERIDE RANTAIAN SEDERHANA), MULTIVITAMIN (ASETAT RETINYL), (ASETAT VITAMIN A), VITAMIN D3 (CHOLECALCIFEROL) HINGGA VITAMIN E (ASETAT DL-ALPHA-TOCOPHERYL), BIOTIN (VITAMIN H), ASID FOLIK, NIACINAMIDE (NIASIN), VITAMIN B6 (PYRIDOXINE HYDROCHLORIDE), VITAMIN B1 (THIAMIN HYDROCHLORIDE), VITAMIN B12 (CYANOCOBALAMIN), VITAMIN B2 (RIBOFLAVIN), VITAMIN C (ASID ASCORBIK), VITAMIN K1 (PHYTOMENADIONE), D-KALCIUM PANTOTHENATE], KACANG SOYA ORGANIK, PROTEIN KACANG SOYA, FRUKTOSA, SERBUK KOKO, FIBERSOL®️ (SERAT), OAT BETA GLUCAN, SERBUK MALT, 24 MULTI BIJIRIN (BERAS PERANG, KACANG SOYA, SOBA, GANDUM, BARLI, KACANG HITAM, BIJAN HITAM, KACANG MERAH, KACANG HIJAU, BIJI BERAS, KACANG BUNGA, KACANG PEA, JAGUNG, KACANG PAIN, GINGKO, KACANG WALNUT, BIJI BUNGA TERATAI, CREEPING LILY-TURF, SHAN YAO, QIAN SHI, TUCKAHOE, LILIUM, MILO DAN BUAH GOJI, XANTHAN GUM, MENGANDUNGI GLUTEN DAN KACANG SOYA. MENGANDUNGI BAHAN PEMEKAT YANG DIBENARKAN SEBAGAI PERAPI MAKANAN.
 
 
40-Kebaikan-Dalam-1:
Melangsingkan badan, menyekat penyerapan kalori, mengubah struktur pemakanan, meningkatkan pertumbuhan probiotik dalam usus, melindungi sistem pencernaan, menggalakkan diuresis, menghilangkan edema, melembapkan kulit, menghidrasi kulit, menambah air pada kulit, mencerahkan kulit, memudarkan jeragat dan kerutan, menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, menyerikan kulit, sekatakan warna kulit, mencerahkan parut, menghilangkan parut jerawat, anti-akne, mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan keanjalan kulit, anti-pengoksidaan, perlindungan UV, anti-sinar UV, anti-alergik, menggalakkan pembaharuan sel, melindungi mata, mencegah penyakit mata, melegakan keletihan mata, mencegah kerosakan retina akibat pengoksidaan, menurunkan tekanan darah, lipid darah dan gula dalam darah, meredakan bengkak dan sakit sendi, melegakan keletihan selepas bersenam, menggalakkan peredaran darah, meningkatkan imuniti, menyegarkan paru-paru, membantu meningkatkan kualiti tidur, mencegah keguguran rambut dan mencegah anemia.
 
 
Bahan-bahan Utama dan Keberkesanan:
1. CERAMOSIDES®️ (EKSTRAK GANDUM) 
Ceramosides®️ juga dikenali sebagai ceramide atau ‘molecular nail’ adalah komponen utama pada epidermis (lapisan luar kulit) yang bertindak sebagai lapisan pelindung kulit pertama yang mengikat sel-sel epidermis bagi mencegah kehilangan air dari kulit. Tahap produksinya akan berkurangan ketika mencapai usia 20 tahun Pada usia 50 tahun penghasilannya akan berkurangan menjadi separuh daripada usia 20 tahun. Kekurangan ceramide akan menyebabkan kulit kering, kekurangan air pada kulit, penuaan kulit, keradangan kulit dan sebagainya. Ceramosides®️ kini muncul sebagai ramuan terbaharu paling popular dalam bidang penjagaan kecantikan dan kesihatan.
 
Ceramosides®️ (Ekstrak Gandum) – Raja Pelembap yang Berkesan!
– Formula berpaten Perancis – kandungan tinggi dengan ekstrak gandum dan DGDG
– Formula Berpaten ini Mampu Meningkatkan Kadar Penyerapan dan Memaparkan Penghidratan Kulit dan Kesan Anti-Penuaan dalam Hanya 2 Minggu dengan Dos Rendah.
– Memenangi Anugerah Kecemerlangan Saintifik Supply Side West pada tahun 2011
– Asli dan Semula jadi, Bukan Makanan Diubah suai Secara Genetik (GMO), Tanpa Bahan Pengawet
 
Kesan Utama Ceramosides®️: 
1. Kesan penghidratan dan pelembapan yang mujarab
– Meningkatkan Daya Pengikatan antara Sel-Sel Epidermis Bagi Membentuk Lapisan Pelindung yang Nipis pada Kulit.
– Mencegah kehilangan air melalui penyejatan, masalah kulit kering dan mengelupasan
– Mengekalkan dan Melaraskan Kandungan Air dan Minyak pada Epidermis
 
2.  Membantu dalam Anti-Penuaan Kulit
– Membantu Membaharui Sel
– Mengekalkan Kelembutan dan Kelicinan Kuit
– Meningkatkan Keanjalan dan Ketegangan Kulit
 
3. Daya Ketahanan Kulit
– Meningkatkan Daya Ketahanan Kulit bagi Menentang Pencemaran, Anti-Alergi, Anti-Radang, 
– Menenangkan dan melegakan kulit
 
4. Daya Pembaharuan Sel
– Meningkatkan pembaharuan sel. Satu komponen utama daripada Stratum Corneum Epidermis bagi Mengekalkan Kelembutan Dan Kelicinan Kuit dan Menjadikan Kulit Lebih Anjal Dan Elastik
 
5. Daya Pengekalan Air
– Ceramide Membentuk Satu Lapisan Nipis pada Epidermis bagi Mencegah Kehilangan Air Melalui Penyejatan serta Mengekalkan dan Melaraskan Kandungan Air pada Epidermis.
 
6. Daya Perlindungan
– Ceramide merupakan Bahan yang Mengikat Sel-Sel Epidermis dan Pertahankan Kulit dan Badan daripada Bahan Pencemaran Luaran.
 
 
SOALAN LAZIM (FAQs)
1. Adakah Pengambilan Ceramide secara Oral boleh Diserap oleh Badan?Ceramide merupakan molekul besar yang biasanya sukar diserap oleh badan. Ceramoised®️ yang menggabungkan ramuan berpaten DGDG memudahkan penyerapan dan memberi kesan penghidratan dan pelembapan kulit yang mujarab.
 
2. Mengapakan ia digelar “Raja Pelembapan”?
Ia adalah ramuan yang paling popular di Jepun dan dalam bidang penjagaan kecantikan di Taiwan dan Jepun.
Nama Ceramide dipilih kerana ia ditemukan pada simpul saraf (ganglion). Ia berperanan bagi melaraskan paras air dan minyak pada epidermis untuk membentuk “membran kulit”. (Terdapat pada setiap 1 cm2 kulit manusia terdapat 22 kelenjar minyak dan air. Ceramide pula bertugas untuk mengawal atur mereka). Seperti kita sedia maklum, “membran sebaceous” bertindak sebagai lapisan pelindung kulit yang pertama dan kulit tidak akan sempurna tanpa membran sebaceous yang sihat.
Penghasilan ceramide akan berkurangan selaras dengan peningkatan usia, melemahkan keupayaan lapisan epidermis dalam mengekalkan kelembapan dan nutrien, lalu mengundang kepada masalah kulit kering, kulit kasar dan kulit retak.
 
Keterangan lanjut:
Apabila Ceramoised®️ diambil, kehadiran Ceramide dapat dikesan dalam darah. Ia diserap dan diagihkan ke lapisan dermis bagi melembapkan kulit, mengaktifkan sel-sel dan meningkatkan kadar metabolisme sel bagi menggalakkan pembaharuan keratin secara tetap, meningkatkan daya anti-penuaan kulit dan mengurangkan pembentukan kerutan agar kulit kekal anjal, lembut dan licin. Kesan pengekalan kelembapannya adalah setinggi 80% walaupun kulit matang. Ia membentuk satu lapisan nipis pada epidermis bagi mencegah kehilangan air melalui penyejatan bagi mengekalkan suhu badan dan mencegah kehilangan nutrien agar kulit sentiasa kelihatan lembut, gebu dan anjal. Pelembapan dan penghidratan adalah kunci untuk menyerlahkan keremajaan kulit. Sekiranya kulit kehilangan kelembapan, ia tidak dapat dipulihkan dengan pengambilan kolagen atau penggunaan produk anti-penuaan. Kecantikan semula jadi adalah daripada kulit sihat.
 
 
2. L-KARNITIN
L-Karnitin atau nama kimianya asid β-hidroksi asid γ-trimetil amonium butirik, juga dikenali sebagai Vitamin BT, merupakan sejenis serbuk putih lutsinar atau berbentuk kristal putih. L-Karnitin menyerap kelembapan dengan pantas dan agak stabil. Ia boleh wujud dalam larutan pH 3 ~ 6 lebih daripada satu tahun dan mampu tahan suhu tinggi sehingga melebihi 200 ° C serta mempunyai kelarutan air dan penyerapan air yang baik.
 
Kini, L-Karnitin telah digunakan dalam bidang perubatan, bidang kesihatan dan bidang pemakanan. Ia diklasifikasikan sebagai nutrien pelbagai kegunaan oleh Switzerland, Perancis, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
 
Simptom-simptom Kekurangan L- Karnitin:
Mereka yang berpuasa, mengamalkan diet vegetarian dengan betul atau melakukan senaman lasak, obesiti, hamil, lelaki yang mengalami kemandulan, bayi yang mengambil makanan formula tanpa diperkaya dengan Karnitin terdedah kepada mengalami masalah kekurangan Karnitin. Pemakanan dengan kandungan lisin, vitamin dan zat besi yang rendah juga akan mengakibatkan kekurangan Karnitin. Ramai pesakit jantung, pesakit hiperlipidemia, pesakit penyakit ginjal, pesakit hati mengeras, pesakit kekurangan zat makanan, pesakit hipotiroidisme dan beberapa penyakit otot dan saraf turut mengalami paras karnitin yang rendah. Sumber utama L-Karnitin adalah eksogen dan ini bermakna pengambilan suplemen Karnitin tidak kurang pentingnya jika dibandingkan dengan suplemen vitamin dan mineral.
 
 
Kepentingan L-Karnitin:
L-Karnitin adalah bahan utama dalam proses metabolisme lemak dan menggalakkan pengangkutan asid lemak ke dalam mitokondria untuk dibakar. Boleh dikatakan ia bagaikan pengangkut asid lemak. Apabila melakukan senaman lasak dalam masa yang panjang, Karnitin akan meningkatkan kadar pengoksidaan lemak, mengurangkan penggunaan glikogen dan melewatkan keletihan.
 
Kini, Karnitin digunakan untuk melangsingkan badan dan meredakan keletihan selepas bersukan dalam kalangan atlet yang berjaya. Pada Sukan Olimpik tahun 1980, pasukan atlet dari Itali telah mengambil L-Karnitin dan mencatatkan pencapaian yang cemerlang.
 
L-Karnitin telah popular di dunia dan menjadi kegemaran terbaharu dalam produk suplemen nutrisi. Banyak syarikat pelangsingan berteknologi tinggi menggunakan L-Karnitin sebagai salah satu komponen utama untuk menurunkan berat badan. Pengambilan L-Karnitin yang betul mampu  membakar lemak badan menjadikan anda sihat dan badan yang ramping dan menawan.
 
L-Karnitin adalah sejenis koenzim dalam lemak yang diperlukan dalam proses metabolisme lemak dan menggalakkan pengangkutan asid lemak ke dalam mitokondria untuk proses penguraian. Sekiranya lemak tidak memasuki mitokondria, tidak kira jumlah senaman anda lakukan atau diet, anda tidak boleh menerimanya (lemak).
 
L-Karnitin bahan utama dalam proses β-pengoksidaan asid lemak mampu menghilangkan lemak berlebihan dan lain-lain sisa asid lemak dalam badan dan mengimbangkan sel tenaga. Dalam regimen pengurangan badan, L-Karnitin menepati tiga piawaian pelangsingan badan secara sihat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu tidak akan menimbulkan masalah anoreksia, cirit-birit, dan lemah lesu.
 
Prinsip pelangsingan badan oleh L-Karnitin
Terdapat halangan besar dalam metabolisme lemak dan ia adalah membran mitokondria. Ia mampu membakar lemak untuk menjana tenaga yang diperlukan oleh badan tetapi asid lemak berantai panjang tidak dapat menempuhi halangan tersebut. L-Karnitin bertindak sebagai pengangkut untuk memindah asid lemak berantai panjang, sedikit demi sedikit ke dalam mitokondria untuk proses penguraian lemak melalui pengoksidaan.
 
L-Karnitin bukannya ubat pelangsing. Peranan utamanya adalah sebagai enzim pengangkut yang membawa lemak ke dalam mitokondria untuk dibakar.
 
L-Karnitin ideal dan sesuai untuk :
1. Mereka yang ingin melangsingkan badan
2. Mereka yang ingin melangsingkan badan tetapi bimbang akan kesan sampingan
3. Mereka yang tidak suka bersenam
 
Kelebihan:
– Mempercepatkan pemulihkan tenaga
– Melambatkan proses penuaan
– Bermanfaat untuk menjaga kesihatan jantung dan salur darah
– Menghilangkan berlemak
– Merawat masalah kejutan akibat pendarahan
 
 
3.  ASTAXANTHIN
Astaxanthin adalah sejenis karotenoid dan merupakan sejenis antioksidan semula jadi yang kuat. Ia hanya wujud semula jadi dalam alga dan fitoplankton. Kesan antioksidan dalam Astaxanthin jauh lebih tinggi daripada Vitamin C, Vitamin E dan Koenzim Q10.
 

AstaReal®️ (Ekstrak Haematococcus pluvialis) ialah Raja Astaxanthin

  • AstaReal®️ ialah syarikat pertama di dunia yang mengusahakan penanaman dan penyelidikan Astaxanthin.
  • Memiliki 14 ramuan berpaten
  • Ramuan yang giat dipromosi oleh pakar dermatologi
  • Jenama Astaxanthin disokong oleh paling banyak hasil kajian sains di dunia dan kebanyakan daripadanya disumbangkan oleh AstaReal®️
  • Ia merupakan suplemen rasmi pasukan ski nasional Sweden selama 17 tahun
  • Haematococcus pluvialis yang ditanam di Amerika Syarikat dan Sweden menghasilkan Astaxanthin semula jadi yang berkualiti tinggi dan lebih stabil
  • AstaReal®️ (Ekstrak Haematococcus pluvialis) mempunyai kandungan Astaxanthin tertinggi dalam kalangan lain-lain jenama.
  • Berlainan daripada produk penjagaan kulit yang biasa, Astaxanthin mampu menembusi setiap lapisan kulit untuk memberi perlindungan anti-pengoksidaan secara menyeluruh kepada kulit.
  • Astaxanthin berkesan untuk menghapuskan radikal bebas. Astaxanthin terkenal sebagai Raja Antioksidan. Ia merupakan antioksidan semula jadi yang terulung di dunia.
 
Sejenis Karotenoid dan pewarna semulajadi, Astaxanthin wujud semula jadi dalam haiwan bercangkerang (Crustacea), alga hijau (Haematococcus pluvialis) dan yis merah (Phaffiarhodozyma) dan banyak lagi. Seawal tahun 1991, apabila saintis Jepun membandingkan potensi anti-oksidan ramuan asli, beliau mendapati sebagai anti-oksidan, ia mampu menghilangkan radikal bebas. Astaxanthin adalah 6000 X lebih tinggi daripada Vitamin C, 1000 X lebih tinggi daripada Vitamin E, 3000 X lebih tinggi daripada Resveratrol, 800 X lebih tinggi daripada Koenzim Q10, 700 X lebih tinggi daripada antosianin, 10 X lebih tinggi daripada β-karotena, 1800 X lebih tinggi daripada likopena, 200 X lebih tinggi daripada karotol, dan 320 X lebih tinggi daripada teh polifenol.
 
Kelebihan:
a)  Melindungi Mata dan Mencegah Degenerasi Makula
Sebagai antioksidan semula jadi, astaxanthin mampu melegakan keletihan mata, meningkatkan keupayaan kanta mata untuk melaraskan fokus, menggalakkan peredaran darah dalam mata dan berkesan untuk mencegah kerosakan retina akibat pengoksidaan, berkesan mencegah kerosakan sel penerima cahaya dan degenerasi macula dan kesan perlindungannya terhadap mata jauh lebih baik daripada lutein. Selain itu, Astaxanthin adalah satu-satunya karotenoid yang boleh menembusi penghalang darah otak untuk membantu melindungi saraf optik dan saraf otak.
 
b) Mencerahkan Kulit
Pada tahun 2006 Universiti Jepun menjalankan kajian klinikal kesan mencerahkan kulit daripada Astaxanthin. Hasil kajian menunjukkan peserta yang mengambil Astaxanthin selama 6 minggu telah mencatatkan peningkatan yang ketara dari segi kerutan, keanjalan kulit dan kandungan kelembapan pada kulit jika berbanding dengan kumpulan placebo. Kandungan kelembapan meningkat secara mendadak. Diperkuatkan dengan struktur molekul yang unik, kuantiti Astaxanthin sedikit mampu menyerap banyak sinar UVA dan bertindak seperti payung yang berkesan untuk melindungi seluruh badan daripada sinar ultra ungu serta merencatkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinar UV bagi mengurangkan kerosakannya terhadap kulit. Sebagai tambahan, ia dapat mempercepatkan penyembuhan kerosakan kulit akibat selaran sinar UV.
 
c) Meredakan Sakit Sendi dan Bengkak
Pengumpulan radikal bebas dalam badan akan menghasilkan pengoksidaan dan kerosakan akan menyebabkan sendi bengkak, sendi tidak bermaya dan sendi berbunyi bahu kaku dan cedera siku dll. Sebagai antioksidan yang berkesan, Astaxanthin mampu merencatkan radikal bebas dan mengurangkan kecederaan sendi.
 
d) Melegakan Kelesuan Selepas Bersenam
Astaxanthin boleh digunakan sebagai antioksidan untuk melindungi badan daripada kerosakan akibat pengoksidaan oleh radikal bebas serta meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan otot bagi menghilangkan keletihan selepas bersenam dengan segera serta melegakan sakit otot selepas senaman lasak.
 
Kesan Astaxanthin secara terperinci
– Mencantikkan kulit
a. Mencerahkan kulit, memudarkan tompok gelap dan merencatkan penghasilan melanin
b. Mengurangkan kerosakan sinar UV terhadap kulit
c. Mengurangkan keradangan kulit dan meningkatkan daya ketahanan kulit
d. Melaraskan keseimbangan minyak dan air pada kulit
e. Mengurangkan kedutan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen
f. Meningkatkan keanjalan kulit dan kelembapan kulit
 
– Kesihatan mata
a. Melegakan keletihan mata dan meningkatkan peredaran darah dalam mata
b. Menghalang pembentukan katarak
c. Mengurangkan tekanan dalam mata akibat pengoksidaan
d. Melaraskan tekanan dalam mata dan melindungi mata daripada kecederaan akibat keletihan berlebihan
e. Mencegah degenerasi makula
 
– Melegakan keletihan selepas bersenam
a. Meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan otot
b. Mempercepatkan penyembuhan daripada keletihan selepas bersenam
c. Meredakan sakit otot selepas bersenam secara berlebihan.
d. Mengurangkan kecederaan sendi
 
 
4. PROBIOTIK
Probiotik adalah sejenis mikroorganisma aktif yang bermanfaat kepada perumah dengan cara menduduki badan perumah dan mengubah komposisi mikrobiota dalam bahagian tertentu badan. Menerusi proses mengawal selia fungsi mukosa, sistem imun dan keseimbangan mikrobiota dalam ekosistem usus, penyerapan nutrien dapat ditingkatkan sehingga kesihatan usus dipelihara, justeru menghasilkan mikroorganisma tunggal atau mikroorganisma campuran yang bermanfaat untuk  kesihatan badan.
 
Kesan tambahan probiotik:
1. Menggalakkan pencernaan dan penyerapan. Makanan biasanya akan kekal dalam usus lebih dari 12 jam. Dalam jangka masa ini, probiotik dapat mendorong sintesis pelbagai enzim pencernaan untuk mengekstrak pelbagai nutrien daripada makanan. Sebagai contoh, asid lemak rantai pendek yang terurai melalui proses fermentasi oleh flora kolon dapat mendorong penyerapan kalsium, magnesium dan zat besi dalam kolon; Contoh lain, streptococcus thermophilus dapat menghasilkan laktase bagi membantu tubuh manusia mencerna laktosa.
 
2. Meningkatkan sel imun dan melindungi mukosa usus. Selain struktur bakteria probiotik (seperti peptidoglikan, asid lipoteikoik dan komponen lain), ia dapat meningkatkan keaktifan dan daya perjuangan sel imun, sesetengah asid organik, hidrogen peroksida dan bahan lain yang dihasilkan oleh probiotik ini dapat mengurangkan kebolehtelapan mukosa usus, sekali gus menghalang atau mencegah pencerobohan mukosa usus oleh patogen.
 
3. Mengurangkan risiko barah. Escherichia coli, clostridium, enterokokus, bakteroides dan sebagainya dalam usus dapat mendorong gabungan nitrit dan amina dalam makanan untuk membentuk nitrit amina yang memberi kesan karsinogenik yang kuat. Probiotik seperti bifidobacterium dan lactobacillus dapat menguraikan nitrit amina menjadi nitrit dan amina agar risiko barah usus dapat dikurangkan.
 
4. Mengurangkan penyerapan kolesterol. Probiotik mengambil peranan dalam kitaran metabolik hati-usus yang dapat mengawal dan mengganggu penyerapan kolesterol dalam makanan, mencegah penghasilan kolesterol hati dan mempercepatkan pembuangan kolesterol dari badan.
 
5. Melengkapkan oksida dalam antioksidan. Contohnya, radikal bebas oksigen, radikal bebas hidroksil dan sebagainya cenderung menghasilkan reaksi redoks pengoksidaan kerana sifatnya kurang stabil, kekerapan reaksi ini boleh menyebabkan kerosakan oksidatif. Probiotik usus dapat menghapuskan  oksida yang disintesis oleh badan dan mengekalkan keseimbangan dinamik metabolisme oksidatif.
 
6. Melembapkan usus dan memudahkan pembuangan najis. Pembuangan najis yang normal bergantung kepada tindakan probiotik untuk mengekalkan 70% hingga 80% kandungan air supaya pembuangan najis menjadi lancar. Sekiranya kuantiti probiotik terlalu sedikit sehingga motilitas gastrointestinal dan keupayaan pencernaan menjadi perlahan, maka najis akan lama tersimpan dalam usus, dan kandungan air akan hilang sehingga najis sukar dikeluarkan daripada badan.
 
 
 
5. UBI KONJAC (KONJAC), atau KONNYAKU (sejenis serat makanan yang mudah larut)
Komponen utama ubi konjac ialah glukomanan, iaitu sejenis serat larut yang berkalori rendah dengan daya penyerapan air yang tinggi. Banyak kajian menunjukkan bahawa konjac dapat menurunkan lemak dalam darah dan gula dalam darah, serta berkesan untuk melancarkan pembuangan najis; serat larut akan bergabung dengan karbohidrat di dalam saluran gastrointestinal dan melambatkan penyerapan karbohidrat, lalu menstabilkan paras gula dalam darah selepas makan.
 
 
6. BIJI ANGGUR
Biji anggur mengandungi polifenol (GPS), khususnya katekin dan prosianidin. Kompleks katekin termasuk katekin, epikatekin, dan epigalokatekingalat (EGCG), yang mana merupakan monomer utama dalam biji anggur, dan juga unit-unit yang membentuk oligomer dan polimer proantosianidin.
Selain daripada kompaun yang disebutkan di atas, biji anggur juga kaya dengan protein kasar, asid amino dan Vitamin A, E, D, K, P dan pelbagai jenis mineral surih, termasuk kalsium, zink, besi, magnesium, tembaga, kalium, natrium, mangan dan kobalt.
Sebagai ekstrak utama dalam biji anggur, proantosianidin (OPC) mempunyai fungsi antioksidan yang kuat, berkesan untuk mencerahkan kulit dan menghilangkan tompok gelap. Fungsi anti pengoksidaannya adalah 50 X lebih tinggi daripada Vitamin E dan 20 X lebih tinggi daripada Vitamin C. Sifat larut dalam lipid dan larut dalam air, ia berkesan untuk melambatkan proses penuaan dan mencegah arteriosklerosis. Ia memberikan kesan pemutihan yang kuat dan umpama pelindung sinar matahari yang semula jadi untuk melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV, bahkan juga mampu memulihkan kolagen dan gentian elastin yang rosak. Ekstrak biji anggur mempunyai astringen yang berkesan untuk menegangkan kulit bagi mencegah pembentukan kedutan pramatang. Pengambilan ekstrak biji anggur dalam jangka panjang berkesan untuk mencantikkan kulit dan menyerikan wajah agar kulit menjadi lebih licin, anjal dan berseri.  
Ekstrak biji anggur digelar sebagai “Vitamin Kulit” dan “Kosmetik Oral”, berkesan untuk memelihara kolagen, meningkatkan keanjalan dan keserian kulit, mencerahkan dan melembapkan kulit, menghilangkan bintik-bintik dan kedutan, memudarkan kesan jerawat dan parut agar kulit menjadi lembut dan licin, menghilangkan akne dan parut. Ia meningkatkan daya ketahanan kulit, imuniti, mencegah dan merawat masalah kulit alergi dan pelbagai jenis penyakit kulit yang lain, meningkatkan perlindungan kulit terhadap radiasi dan menghalang kerosakan sinar UV.
 
Kelebihan:
Menentang radikal bebas, menurunkan lipid darah, melindungi kulit, mengekalkan kesihatan kulit, mencantikkan kulit, meningkatkan imuniti, menentang alergi kulit dan radiasi, melindungi mata, dan memelihara sistem pencernaan.
 
 
7. MINYAK MCT (MEDIUM CHAIN TRIGLYCERIDE OIL)
Hasil kajian terbaharu mendapati bahawa triglyceride jenis baharu – medium rantai triglyceride atau MCT boleh dicerna tanpa perlu proses penguraian dengan enzim dan pengemulsian dengan jus hempedu. Ia memberikan tenaga dan rasa kenyang dengan pantas, lemak tidak mudah berkumpul dan secara tidak langsung boleh mencegah sindrom metabolik. Dari sudut pandangan fisiologi, ia adalah lemak yang bermanfaat jenis triglyceride sesuai untuk bagi mereka yang ingin melangsingkan badan.
 
Menurut satu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Pemakanan Klinikal Asia Pasifik pada tahun 2003 seramai 82 orang lelaki dan wanita berberat badan berlebihan yang sihat mengambil “Minyak Trigliserida Berantai Sederhana ” secara berterusan selama 12 minggu. Berat badan, lemak badan, lemak subkutaneus dan kandungan lemak viseral mereka jelas lebih rendah jika berbanding dengan kumpulan kawalan.
 
Kelebihan:
Melangsingkan badan, meningkatkan tenaga, tiada penambahan lemak, mencegah penyakit jantung, anti-penuaan, dan meningkatkan fungsi otak.
 
 
8. KACANG SOYA ORGANIK
Protein kacang soya ialah protein yang lengkap. Komposisi asid amino hampir sama dengan protein dalam badan manusia dan merupakan sumber suplemen protein yang terbaik untuk pengamal vegetarian. Selain daripada pengamal vegetarian, mereka yang ingin mengurangkan pengambilan kalori boleh mempertimbangkan kacang soya. Sebagai tambahan , kacang soya juga kaya dengan fitoestrogen yang bermanfaat untuk wanita. Kacang soya organik mungkin sedikit mahal kerana nilai nutrisi yang terbaik, sesuai digelar sebagai “Raja Kacang”.
 
Kelebihan:
Mengurangkan kolesterol, meningkatkan metabolisme lemak, mencegah/merawat cerebral arteries dan Koronari arteriosclerosis, meningkatkan fungsi hati, menggalakkan penyerapan vitamin larut lemak, anti-penuaan, menjaga kecantikan, merencatkan tumor dan sel-sel kanser.
 
 
9. PROTEIN SOYA
Komposisi asid amino dalam protein soya hampir sama dengan protein susu dan mengandungi 9 jenis asid amino penting yang diperlukan oleh badan manusia. Ia adalah protein lengkap dan berkhasiat yang mudah dihadam dan diserap oleh badan.
 
Sangat sesuai untuk pengamal vegetarian, protein soya juga sesuai sebagai pengganti makanan yang menawarkan kebaikan tinggi bagi mereka peka dengan berat badan. 
 
Kelebihan:
Memberikan protein penting, merendahkan kolesterol (melalui tindakan isoflavon), memberikan rasa kenyang, mengurangkan pembentukan trombosis, membersihkan steroid dalam salur darah (kaya dengan kandungan lesitin) dan kaya dengan fitoestrogen.
 
 
10. FRUKTOSA
Fruktosa tidak menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan sesuai diambil oleh pesakit kencing manis. Bahkan, ia tidak menyebabkan pengumpulan lemak dan menyebabkan kegemukan.
 
Fruktosa memberikan tenaga secara langsung, menambahkan cecair dalam badan dan lebih cepat diserap oleh badan daripada glukosa. Inilah sebabnya, ia amat sesuai digunakan sebagai ganti glukosa bagi tenaga cecair dalam badan. Selain digunakan sebagai dalam ubat-ubatan, ia juga sering diguna dalam gula-gula premium dan makanan bayi.
 
 
11. SERBUK KOKO
Koko merupakan bahan utama untuk membuat coklat. Serbuk koko dihasilkan daripada biji koko yang digiling menjadi serbuk berwarna perang, berasa pahit dan beraroma, kaya dengan protein, pelbagai jenis asid amino, lemak berkalori tinggi, mineral surih seperti tembaga, zat besi, mangan, zink, fosforus, kalium, Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6 dan pelbagai bioaktif alkaloid. Ia banyak digunakan sebagai pewarna atau penambah aroma semula jadi.
 
 
12. FIBERSOL®️(SERAT DIET)
Fibersol®️ tidak dapat dicerna. Ia adalah hasil teknologi yang dibangunkan oleh pasukan R&D Matsugata Chemistry di Jepun. Seratnya diperoleh daripada tepung jagung yang mempunyai kestabilan dan kelarutan air yang baik, tidak berbau dan sedikit manis.
 
Fibersol®️ dihasilkan dengan teknologi khas menyusun semula molekul. Rantaian glukosa telah diubahsuai agar tidak dapat diserap oleh usus kecil tetapi akan dibuang keluar secara langsung dari usus besar.
 
Di Jepun, Fibersol®️ telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Jepun sebagai “Bahan Makanan Khusus Untuk Penggunaan Dalam Penjagaan Kesihatan” dan juga memperoleh beberapa sijil bagi fungsi fisiologinya:
 
a. Melaraskan fungsi usus
Ia terbukti mampu menggalakkan pertumbuhan probiotik dan mengurangkan bakteria negative di dalam usus. Pada masa sama mampu meningkatkan isi padu dan kandungan air dalam najis bagi memendekkan masa najis berada di dalam usus besar dan secara tidak langsung dapat mencegah risiko diserang pelbagai penyakit usus dan kanser.
 
b. Melaraskan gula dalam darah
Ia terbukti berkesan untuk menurunkan paras glukosa dan insulin dalam serum dan kini digunakan secara meluas dalam kawalan penyakit kencing manis dan berat badan.
 
c. Mengurangkan kolesterol dalam serum
Ia terbukti berkesan dalam mengurangkan kolesterol dalam serum dan mampu mengekalkan kepekatan kolesterol HDL (lipoprotein berketumpatan tinggi).
 
d. Mengurangkan lemak neutral
Ia terbukti berkesan dalam mengurangkan kandungan triglycerida dalam darah dan berkesan bagi mencegah penyakit kardiovaskular.
 
 
13. GLUKAN BETA OAT
β-glukan adalah sejenis polimer glukosa yang diekstrak daripada oat semula jadi. Ia merupakan serat pemakanan larut air yang utama dan paling tinggi manfaat kesihatan dalam bran oat. Apabila dimasak, ia menghasilkan bahan melekit yang pekat dan meningkatkan rasa kenyang. Ini adalah petunjuk nilai nutrisi oat.
 
β-glukan oat ini mampu memperlahankan penyerapan lemak di dalam perut dan mengurangkan penyerapan kolesterol. Pengambilan dalam kuantiti yang sesuai boleh membantu mengurangkan jumlah kolesterol dan paras kolesterol LDL. Sebagai tambahan, β-glukan juga merupakan salah satu nutrient penting  untuk probiotik dalam usus. Pengambilan yang sesuai boleh membantu menggalakkan pertumbuhan probiotik dalam saluran pencernaan supaya ekologi flora dan menjaga kesihatan usus.
 
Paling penting, oat kaya dengan serat pemakanan larut air yang akan ditukar kepada gel apabila menyerap air yang akan membantu menyerap sisa buangan usus, toksin, asid hempedu untuk dibuang keluar dari badan.Seterusnya, saluran usus telah dibersihkan seterusnya dan menurunkan kolesterol dalam darah.
 
Kelebihan:
Menurunkan kolesterol dan gula dalam darah, meningkatkan imuniti, anti-kanser, meningkatkan kesihatan usus dan semakin cantik. 
 
 
14. SERBUK MALT
Serbuk Malt memberikan serat pemakanan yang banyak kepada badan. Ia akan mengembang apabila menyerap air di dalam perut dan memberi rasa kenyang untuk menyekat selera makan dan mengelakkan kegemukan akibat pengambilan makanan secara berlebihan pada waktu malam. Ia  membantu melangsingkan badan dengan mudah tanpa menimbulkan sebarang ketidakselesaan.
 
Kelebihan:
Pelangsingan badan: Serbuk Malt ini kaya dengan protein, vitamin, dan mineral mampu membantu penghadaman dan melegakan perut kembung, malah juga berkesan untuk membuang toksin dan menangani masalah sembelit.
 
Penjagaan kulit: Serbuk Malt ini kaya dengan pelbagai nutrien yang mampu melembapkan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit agar kulit menjadi lebih lembut dan licin. Kaya dengan asid linoleik dan Vitamin E ia memperbaiki membran sel secara efektif bagi mengekalkan kesempurnaannya dan memulihkan kulit yang rosak.
 
 
15. MULTIVITAMIN
Vitamin adalah “nutrien penting sepanjang hayat”. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap aspek metabolisme dan nutrien yang sangat diperlukan oleh badan. Mereka yang mengamalkan diet tidak seimbang, termasuk berdiet, menurunkan berat badan, memilih makanan,  selera makan rendah, gaya hidup tidak teratur dan berbadan lemah boleh menambah nutrien yang diperlukan melalui pengambilan makanan kesihatan. Produk multivitamin mengandungi vitamin yang lengkap bagi memenuhi sukatan harian yang diperlukan oleh orang dewasa.
 
Pelbagai kelebihan multivitamin:
Mengekalkan metabolisme badan yang normal, memantapkan dan menggalakkan  pertumbuhan membran sel, mencegah osteoporosis, meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus, mencegah pengoksidaan, anti-penuaan, mengekalkan fungsi organ pembiakan yang normal, meningkatkan imuniti, anti-tumor, menangani masalah rambut gugur dan kelemumur, mencegah rambut beruban, mengatasi masalah ekzema dan radang kulit, menghaluskan kulit dan kuku, menggalakkan penghasilan sel darah merah dan sel darah putih, mencegah anemia, menurunkan kolesterol, memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan kulit, mengatasi mual dan muntah sepanjang trimester pertama kehamilan, melegakan sindrom prahaid, melindungi sistem saraf, menggalakkan pergerakan peristalsis usus, membantu penghadaman, mengekalkan fungsi jantung, menggalakkan metabolisme asid lemak, meningkatkan daya ingatan, mengekalkan metabolisme dan fungsi saraf myelin, menggalakkan pertumbuhan dan kematangan sel darah merah, menggalakkan diuresis, meredakan bengkak, anti-tumor, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular, anti-radang, menggalakkan penghasilan kolagen, merencatkan pembentukan melanin, mencegah pendarahan dalaman, membantu menguatkan tulang, memelihara kesihatan kardiovaskular, mengawal metabolisme lemak dan membantu pembentukan sel.
 
 
16.  24 MULTIGRAIN
24 jenis bijirin dan kekacang yang berkualiti tinggi dan terpilih, kaya dengan pelbagai khasiat untuk menyediakan nutrien yang diperlukan oleh badan setiap hari. Mudah dibawa dan boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua.
 
Kelebihan 24 jenis bijirin:
Merawat penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular, meningkatkan daya ketahanan badan, membersihkan darah, menguatkan gastrousus, mencegah obesiti, anti-penuaan kulit, menggalakkan diuresis untuk menghilangkan edema, menggalakkan peredaran darah dan metabolisme, menangani ketidakcernaan, menyihatkan limpa, menyegarkan paru-paru, menghilangkan air berlebihan dalam badan, anti-pengoksidaan, menghapuskan radikal bebas, membantu penghadaman, mencegah sembelit, mencantikkan dan menyerikan kulit, menghitamkan rambut, melembapkan kulit, melawaskan pembuangan air besar, melegakan mabuk, membuang toksin, menurunkan tekanan darah, lipid darah dan kolesterol, mengawal gula dalam darah, anti-kanser, mencegah batu karang, melindungi kardiovaskular , menyuburkan dan menguatkan badan, melaraskan organ dalaman, menyuburkan organ dalaman, menyihatkan otak dan minda, mengekalkan kesihatan tulang, menguatkan tenaga, menyuburkan limpa, menghentikan cirit-birit, menyihatkan ginjal, menenangkan saraf dan perasaan, mengurangkan pengumpulan lemak subkutaneus, mencegah atropi tisu penghubung, mencegah artritis reumatoid, menyuburkan sperma, menangani penyakit keputihan, memelihara mata dan menajamkan penglihatan.
 
 
 
Penerangan Pelangsingan Badan melalui Pengambilan Pengganti Makanan:
Pengganti makanan seperti namanya, merupakan makanan yang diambil sebagai pengganti kepada hidangan.
 
Prinsip penting penurunan berat badan adalah bagi memastikan pengambilan kalori (kalori diambil melalui makanan). Kalori dibakar (kalori yang digunakan oleh tubuh sepanjang hari). Kurangkan pengambilan makanan dan kerap bersenam adalah langkah terpenting untuk menurunkan berat badan. Akan tetapi, sekiranya anda berhasrat untuk makan sedikit, anda harus mengetahui cara untuk mengira kalori. Kebanyakan orang menganggap pengiraan kalori sebagai perkara yang leceh. Lantaran itu, pengganti makanan menjadi semakin popular untuk mengurangkan berat badan, hanya dengan suplemen ini, anda tidak perlu mengira kalori lagi.
 
Ambil perhatian bahawa kadar penurunan berat badan melalui pengganti makanan bergantung kepada nilai kalori dalam makanan yang digantikan. Peraturan am adalah mengambil pengganti makanan bagi menggantikan hidangan tengah hari atau makan malam yang lebih tinggi kalori. Sekiranya anda tidak mengamalkan tabiat memakan sarapan pagi, anda boleh mengambil pengganti makanan mendapatkan nutrien yang diperlukan badan sepanjang hari.
 
 
PERISA:
Perisa coklat Belgium
 
 
CARA-CARA PENGAMBILAN:
1. Sesuai untuk menggantikan sarapan pagi / makan tengah hari / atau makan malam (1-2 sachets setiap hari)
2. Dibancuh dengan 250-300 ml air suam (Digoncang dan digaul sehingga sekata dan dihidangkan)
 
 
SESUAI UNTUK:
1. Semua lapisan umur
2. Mereka yang berat badan berlebihan.
3. Merekayang mengalami masalah kulit kusam, menua, berkedut, pigmentasi, jerawat, jeragat, akne, parut jerawat, alergi, kulit mudah menjadi merah, kering, tidak anjal dan kekurangan air.
4. Mereka yang terdedah kepada faktor luaran dan sinar UV untuk masa panjang
5. Mereka yang berada dalam persekitaran berpenghawa dingin untuk masa panjang
6. Mereka yang mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup tidak sihat
7. Mereka yang kerap tidur lewat, mengalami masalah insomnia dan kurang bertenaga
8. Mereka yang mengalami masalah lingkaran hitam di bawah mata, kulit kendur, kusam dan pudar
9. Mereka yang mengalami tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darah tinggi